Thursday 13 October 2011

Program Sentuhan Linus 2011

Saya mewakili sekolah menyertai Program Sentuhan Linus yang dianjurkan oleh PPD Kuala Selangor, Di Dewan PPD Lama Kuala Selangor pada 12 OKTOBER 2011. Program Sentuhan LINUS adalah program ke-6 hasil usaha FasiLINUS di Unit Akademik. Program ini diadakan selama tiga hari mengikut Zon dalam daerah Kuala Selangor. Setiap Pegawai FasiLINUS menggembleng tenaga menunjukkan contoh pengajaran dan pembelajaran berasaskan buku teks Bahasa Melaysia dan Matematik Tahun 1 dan Modul Literasi dan Numerasi Tahun 1 dan Modul Literasi dan Numerasi Tahun 1. Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) secara maujud turut dibengkelkan. Guru-guru juga turut bersama-sama membina bahan bbm yang menarik untuk direalisasikan di dalam pembelajaran kelak.




Bersama FasiLINUS
 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru tentang pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara didik hibur di dalam kelas melalui sentuhan LINUS daripada Pegawai FasiLINUS sendiri. Ia juga merupakan salah satu usaha Pegawai FasiLINUS dalam membimbing guru-guru LINUS dalam melaksanakan P&P di dalamkelas. Dengan terlaksanaannya program ini mampu mengeratkan lagi hubungan FasiLINUS dengan guru LINUS dalam daerah Kuala Selangor.

Wednesday 12 October 2011

SONG : 3D Shapes I Know

Saya menggunakan 3 D Shape song sebagai set induksi memperkenalkan tajuk pengajaran.

Saturday 8 October 2011

KURSUS GURU BERKESAN MURID CEMERLANG

Semua guru dari SJKC Kuala Selangor telah menghadiri Kursus “Guru Berkesan Murid Cemerlang” di Kolej Inpens pada 08 OKT 2011 (Sabtu). Kursus ini dianjurkan oleh Majlis Guru Besar Daerah Kuala Selangor. Penceramah Encik Chua Hong Fam telah berkongsi pengalaman dan memberi idea-idea yang bernas kepada guru supaya aktiviti P&P guru lebih kreatif dan inovatif  yang dapat menarik perhatian pembelajaran murid.

Ingin berkongsi dengan kamu …….
Kalau Guru …………….
Kalau guru tunggu diarah,
Semua kerja kena kerah.
Kalau guru kurang mengajar,
Dapatlah murid kurang ajar.
Kalau guru kurang merancang,
Dalam bilik darjah banyak tembelang.
Kalau guru suka berdamping,
Semua murid dapat dibimbing.




A Teacher’s Power
I have come to a frightening conclusion that I am the decisive element in the classroom. It is my personal approach that creates the climate. It is my daily mood that makes the weather.
As a teacher, I possess tremendous powers to make a child’s life miserable or joyous. I can be a tool of torture or an instrument of inspiration.
I can humiliate or humor, hurt or heal, in all situations, it is my response that decides whether a crisis will be escalated or deescalated and a child humanized or dehumanized.

 

Sunday 2 October 2011

Saturday 1 October 2011