Thursday, 13 October 2011

Program Sentuhan Linus 2011

Saya mewakili sekolah menyertai Program Sentuhan Linus yang dianjurkan oleh PPD Kuala Selangor, Di Dewan PPD Lama Kuala Selangor pada 12 OKTOBER 2011. Program Sentuhan LINUS adalah program ke-6 hasil usaha FasiLINUS di Unit Akademik. Program ini diadakan selama tiga hari mengikut Zon dalam daerah Kuala Selangor. Setiap Pegawai FasiLINUS menggembleng tenaga menunjukkan contoh pengajaran dan pembelajaran berasaskan buku teks Bahasa Melaysia dan Matematik Tahun 1 dan Modul Literasi dan Numerasi Tahun 1 dan Modul Literasi dan Numerasi Tahun 1. Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) secara maujud turut dibengkelkan. Guru-guru juga turut bersama-sama membina bahan bbm yang menarik untuk direalisasikan di dalam pembelajaran kelak.




Bersama FasiLINUS
 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para guru tentang pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara didik hibur di dalam kelas melalui sentuhan LINUS daripada Pegawai FasiLINUS sendiri. Ia juga merupakan salah satu usaha Pegawai FasiLINUS dalam membimbing guru-guru LINUS dalam melaksanakan P&P di dalamkelas. Dengan terlaksanaannya program ini mampu mengeratkan lagi hubungan FasiLINUS dengan guru LINUS dalam daerah Kuala Selangor.

0 comments:

Post a Comment